Hi?
Hi. I, Syahirah, now share this blog with Haaziq. So I do most of the updating since the boy is too lazy to even switch on his computer. Haha, k welcome.
|
profile
He's from VS, 16 and is currently playing soccer like mad.
She's from TMS, 15 and thinks Hzq should start updating his blog by himself, haha.
|
links
SYAHIRAH [must caps lah! hahaha]
Ching May
Mariam
Amanda
Midzi
Fadzlynn
Jeolinita
Lenny
Nicole
Nisa
Syairah
Qurrah
Mustika
Brian
Dorin
Nadiah
Nadirah
Jonathan
San
archives
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
May 2009
July 2009
credits
layout designer and image: eloquent
inspiration and coding reference: anxiety
|
tagboard
|
title: BaTaS LaNgIt ParT 1
2. Tuliskan sebuah diari entri yang ditulis oleh Adi. Ceritakan pengalaman
Wahai Diari,
Pagi-pagi lagi sudah ada kain rentang bertulis: KAMI MAHU SEKOLAH MENENGAH MELAYU. Paling ramai, murid perempuan. mereka samua sedang memegang sepanduk kecil yang bertulis macam-macam. Sedang aku hendak mengikut mereka, aku teringat pesanan ibu supaya jangan ke mana-mana. Bapa sedang sakit teruk. Tetapi, melihat eadaan yang begitu hebat, aku megikut mereka juga untuk melihat mogok. Tiba sahaja di sana, ada seorang lelaki yang muka macam cina berucap. Dia mengucap tentang hak kita orang melayu belajar hingga berpelajaran tinggi dan mendapat pekerjaan lebih baik daripada menjadi seorang peon atau mata-mata. Dia mengucap dengan suara yang kuat, lantang dan berapi-api. Aku amat kagum dengan ucapan beliau. Aku turut bersorak bersama-sama murid-murid yang lain. Semakin lelaki itu bercakap dengan penuh semangat, semakin heboh dan panas keadaan di situ. Kini, ramai yang sudah mula memaki-maki penjajah. Penjajah ini la, penjajah itu la. Kata-kata lelaki itu, betul juga. Takkan kita mahu jadi peon atau mata-mata seumur hidup? Dengan pelajaran yang kurang tinggi, bila masyarakat melayu hendak maju? Bagaimana nusantara ini boleh menuju ke hadapan? Selepas orang itu berucap, giliran seorang tua pula. Dia pun berucap tentang perkara yang sama. semua orang di kelilingku kelihatan semangat sekali. Kini sudah ramai pemberita surat khabar tiba dan banyak gambar dipetik bertalu-talu. lelaki tua itu juga berucap dengan semangat dan pelajar-pelajar semua semakin banyak memaki-maki penjajah. Di tengah-tengah sorakkan ini, aku tiba-tiba teringat pesanan ibu dan bapa sedang sakit kuat. Polis sudah pun tiba dan murid-murid disuruh bersurai. Aku berjalan dengan pantas untuk pulang. Hatiku terasa pilu teringatkan ayah yang sedang sakit kuat. Aku sudah tidak menghirau kan seperti mana suasana di tempat kita mogok tadi. Tiba di rumah, Abang Dolah, Kak Habsah dan Mail Sengau sudah ada. Ayah semakin teruk sakitnya. Aku memicit-micit tangan ayah dan menangis di sampingnya. Hatiku terhiris bagaikan sembilu. Rumahku, sekolahku, hidupku, semuanya seperti dihancurkan di depan mataku. Mail Senagu disuruh ibu memanggil kakak di rumahnya. Abang Dolah membaca Yassin. Aku, tidak tahu membaca Yassin, tetapi Abang Dolah menyuruhku baca Fatihah dan Kulhu banyak-banyak. Kira-kira jam sebelas, Mail Sengau pulang dengan kakak, lakinya dan anaknya.Kini Abang Dolah semakin kerap membisikkan dan mengajar Ayah mengucap kalimah. Kelihatan muka ayah sangat tersiksa untuk menarik nafas panjang yang terakhir. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit. Ayah pun menahan sakit dengan tabah dan menarik nafas panjangnya yang terakhir. Air mataku mengalir sahaja membasahi pipiku. Ayah telah pun kembali kepada penciptanya.
// Friday, September 7, 2007, 7:43 PM
|